jauh perjalanan luas pengalaman


Sunday, July 01, 2007

SELAMAT..

ASSALAMUALAIKUM....
PEKABA...NI GAMBO AKU MASA PEGI MASJID SULTAN HASSAN,KAHERAH...

NI MASA NAK TUNGGU KELAS PENGAJIAN..OLEH MUFTI MESIR,SHEIKH ALI JUM'AH...

Sunday, April 01, 2007

BOTAK...

Salam...ni pic aku dalam pertengahan bulan 10 kot.xingat lak.xde tarikh.sehingga waktu ni,aku dah 3 kali mencukurkan rambut...jiran aku yang buatkan..ust. mus..free..
Ni gambar dari belakang.botak ni banyak kebaikkannyer;antaranyer:xyah pakai minyak rambut,xyah pakai sikat..hehhehe...
Huh..cam xmacho jer...aku xkesah...aku tetap aku...

MATOR

Salam..ni masa kat airport..nak anto membe aku,paiz..balik mesia...
Sajer bergambo...bukan slalu g mator pun...time nak nganto membe balik mesia jer..

RUMAHKU....

Salam...ni komputer yg aku slalu gune..kat umah aku nih..ye lah..nak melayari internet,tpon org di mesia n main games...
Dah nama org bujang..kene le sterika pakaian sindri..kat kwsn ruang tamu nih...
Suasana kat dapur..xde lah canggih mana..bese2 jer...
Ni lah katil tido aku..untuk istirahah...
Jalan menuju ke Imarah umah aku...dekat jeer ngn suq...Dirasat,Mansurah..
Kalau nak tau..ini lah imarah umah sewa aku..aku dok tingkat 3...kalu pasan..yg de pakaian tuh..kat bawah lak(ardhiah)..de kilang wat kek,biskut...

Saturday, March 31, 2007

BAHASA RUSIA...

Mari kita try blaja bahasa rusia..nak x?tapi x banyak ler...ade la skitt....

1-Kak Vas Zavut? = Siapa Nama?


2-Kak dila? = Apa Khabar?


3-Ad Kudaki? = Dari Mana?


4-Nyet = Tidak.


5-Spasiba.= Terima Kasih


6-Paja Lusta.= Sama-sama.


7-Haro Shaya De Vush Ka. = Kamu Perempuan yang Baik.


8-Ya Tebya Lublu= Saya Cintakan Awak.


ok...setakat ni jer...sekian...

AKU DI MESIR (3)

Salam...ni gambar dah lama jgk...masa member aku kawen..dia diakad nikahkan pada 1.februari.2007.berwalikan wakil safarah.Encik amri.
wah..berseri2 muka pengantin..mana xnyer..dah nama kawen..mesti le sonok..kan?nama kawan aku ni,coi.dia satu umah ngn aku..lepas dia kawen.tinggal aku berdua jer.ngn si budin.
budin yg sebelah aku tuh..harap2 pas ni aku lak yang kawen..huhuhu..teringin lah..lagipun aku dah jumpa ngn si dia yg bisa menemaniku seumur hidup.penemanku didunia dan akhirat insya Allah...mudah2an aku dijodohkan ngn si dia...

AKU DI MESIR (2)

Salam..kat atas ni..member2 satu sekolah ngn aku sebelum datang mesir...dari sekolah MAM,maahad al-mizan,manong,kuala kangsar.kami berempat jer...yang teruskan pengajian di mesir...insya Allah,moga2 kami akan berjaya di sini untuk menimba ilmu...
yang ni lak..masa stay kat kaherah..kat wisma darul ridzuan..tengah layan pak arab hisap syisya..aku x hisap...
Ni lah suasana masa time makan kat wisma darul ridzuan..makan sekodar jer..ni kat syaqah 2..tempat aku menginap..
hehhehehe...saje je rajin bertanya..masa ni de sesi perjumpaan sesama ahli KPIPM.so,aku tanya lah memana yang patut....

AKU DI MESIR (1)

SALAM...atas ni gambar aku dalam metro...dalam perjalanan nak ke syubro el-khemah..
Yg ni lak..masa g ikut member cari barang kat port said..ushar2 makanan laut..aku xminat sgt..alergik..
ni pun kat port said gak...masa cari pakaian bundle..mmg murah.

Friday, March 30, 2007

CINTA???


ISLAM MELARANG CINTA BERPANJANGAN

Apabila syariat Islam sudah mula dipraktikkan, menjadi tanda tanya di kalangan para remaja bagaimana seharusnya mereka lakukan terhadap pasangan masing-masing. Apakah diputuskan sahaja hubungan yang sudah terjalin? Atau kalau diteruskan bagaimana pula dengan hukuman Tuhan nanti?

Sebenarnya dalam persoalan cinta ini, memang tidak dapat dielakkan, bila sudah timbul keinginan terhadap seseorang, cinta itu akan datang sendiri. Perasaan itu adalah fitrah semulajadi yang tidak perlu diajar atau didatangkan. Sebab itulah Islam amat melarang pergaulan bebas kerana ia boleh merangsang fitrah dan keinginan kepada jantina lain itu.

Apabila seseorang sudah ada keinginan terhadap seseorang yang lain, ada jalan penyelesaiannya yang telah ditentukan oleh Islam. Jika ia mampu untuk berkahwin, digalakkan ia terus berkahwin. Jika tidak ia harus berpuasa untuk melawan keinginannya itu. Bagi mereka yang sudah mampu untuk berkahwin,waktu itulah diharuskan pihak lelaki meminang si anak dara tersebut.

Sewaktu majlis pertunangan itu kedua-dua pasangan teruna dan dara ini boleh dipertemukan dengan ditemani muhrim mereka. Dalam ajaran Islam, harus ditemukan supaya kita tahu apakah mereka setuju untuk meneruskan perkahwinan atau sebaliknya. Waktu kali pertama pertemuan itulah timbul rasa cinta antara mereka. Bila sudah berjumpa dan ada rasa hati, kahwinkan segera agar kehangatan cinta mereka itu boleh merangsang kebahagiaan rumahtangga yang dibina.

Tapi apa yang berlaku di dalam masyarakat kita, setelah lebih tiga atau empat tahun bercinta, barulah mereka hendak memikirkan untuk mendirikan rumahtangga bersama. Ini sudah terlambat. Ibarat tebu yang hilang manisnya; tinggal hampas sahaja. Manisnya sudah hilang sepanjang masa perkenalan itu. Akibatnya bila mereka mendirikan rumahtangga, kasih sayang antara mereka semakin hambar.

Tidak pelik, jika kita dengar ada pasangan yang baru dua tiga bulan mendirikan rumahtangga, terus bercerai. Islam tidak mempersoalkan tentang sama ada perlu bercinta sebelum kahwin atau cinta selepas kahwin. Tapi yang dilarang ialah cinta yang berpanjangan sebelum kahwin boleh menyebabkan kehangatan kasih sayang itu akan terus malap setelah bernikah.

Justeru itu Islam sangat menggalakkan agar pasangan yang sudah jatuh hati antara mereka sewaktu bertunang dicepatkan proses pernikahan mereka agar kasih sayang terus bertaut dan tidak terus malap. Sebaliknya jika sewaktu bertunang, kedua-duanya atau salah seorang dari mereka tidak terpaut antara mereka, eloklah jika pertunangan itu diputuskan sahaja. Begitulah Islam memberi jalan keluar kepada persoalan cinta.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL


“ Rasulullah SAW Sumber Limpahan Rahmat”

”Kelahiran Rasulullah SAW merupakan satu peristiwa sejarah yang paling besar dan paling agung yang pernah berlaku di dunia ini. Tiada sejarah yang lebih besar, penting dan agung selainnya, sama ada sebelum atau sesudahnya. Ia adalah sejarah yang telah merubah watak dan peradaban manusia. Justeru itu, sejarah Rasulullah SAW adalah satu peristiwa yang luar biasa, mengandungi rahsia-rahsia dan perkara yang tersirat pada setiap yang ada hubungkait dengannya walau satu titik, lebih-lebih lagi satu huruf dan satu perkataan. Padanya terkandung rahsia Tuhan yang patut kita kaji dan serlahkan. Mari kita cungkil rahsia dan hikmah di sebalik tarikh kelahiran baginda iaitu: Sebelum Fajar, Isnin, l2 Rabi’ul Awwal, Tahun Gajah.”

Kedatangan Rasulullah SAW membawa rahmat. Sebelum fajar bererti kegelapan sudah akan berakhir dan cahaya adalah umpama rahmat Allah yang akan menjelma.

Isnin dari bahasa Arab bererti dua. Di saat kelahiran baginda, akidah manusia sudah rosak kerana sudah lama ketiadaan Nabi dan Rasul. Hanya dua yang mengenal Tuhan; Zat Tuhan itu sendiri dan baginda Rasulullah SAW. Itulah isyarat dari Tuhan di sebalik kelahirannya pada hari Isnin. Justeru, keIslaman seseorang hanya sah apabila dia mengakui dan menyebut kedua-duanya.

Jika dirujuk pada malam, ia adalah kemuncak kegelapan.
Ertinya waktu kelahiran baginda, segala perkara negatif berada di tahap puncaknya.

Jika dirujuk pada siang, ia adalah seterang-terang cahaya matahari. Ertinya kedatangan baginda membawa rahmat dari Tuhan untuk segala alam, bukan hanya untuk manusia, bahkan binatang, kayu kayan, batu batan dan seluruh ciptaanNya. Berkat cahaya rahmat itu, seluruh makhluk mendapat pembelaan dan tidak boleh diperlakukan sesuka hati.

Jika dirujuk pada bulan, ia adalah kemuncak bulan dalam setahun. Ertinya baginda adalah penutup dan kemuncak para Rasul. Rasul terdahulu didatangkan untuk sesuatu kelompok dan zaman sedangkan Rasulullah SAW didatangkan untuk semua etnik, berlanjutan hingga berzaman.

Jika dirujuk pada bintang, ada bintang 12 yang mana ia adalah bintang yang paling terang di antara beribu bintang yang ada. Ertinya kelahiran Rasulullah SAW membawa syariat yang lengkap, petunjuk dan rahmat yang lengkap dari dunia hingga akhirat. Ajaran yang dibawanya paling sempurna berbanding ajaran Rasul-Rasul sebelumnya.

Rabi’ dari bahasa Arab bererti musim bunga. Kedatangan baginda menjadi contoh akhlak yang mulia dan akhlak yang agung adalah umpama bunga yang cantik dan indah di awal musim bunga.

Tahun Gajah. Ia dikaitkan dengan Abrahah dan tentera bergajahnya dari Yaman. Sewaktu dia menyerang Ka’bah, dia telah merampas harta benda termasuk kambing-kambing bapa saudara baginda, Abu Thalib dan datuknya Abdul Muthalib. Akhirnya Abdul Muthalib keluar lalu bersemuka dengan Abrahah. Beliau meminta supaya dipulangkan semula kambingnya kerana ia adalah miliknya. Manakala tentang Kaabah, beliau berkata terpulanglah kerana Ka’bah itu bukan miliknya tetapi milik Allah. Jadi, di sini, terbuka rahsia bahawa keluarga Rasulullah saw masih beragama dengan agama Nabi Ibrahim. Ertinya keturunan baginda terpelihara, bersih dan dijaga oleh Allah.

ARMA

Ini adalah asrama melayu kat Abbasiah di tengah2 kota kaherah..name popularnyer ARMA.

SEMPENA MAULUD NABI S.A.W

SALAM....ni gambar masa malam baru ni...dok wat panggang ayam sempena 12 rabiul awal 1428h....
Meraikan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..semoga kita beroleh keberkatan...
Lauk special...ayam percik..memang sedap...mekasih pada budin,mus,ajeeb,n kengkawan dari damanhur n kaherah yg sudi menjengah ke rumah kami di mansurah...
Kami makan sekodar jer...sambil2 tu leh mengeratkan ukhwah antara sahabat2 di sini...
Semoga ukwah kita terus terjalin sehingga ke akhir hayat...amenn..

Tuesday, March 27, 2007

Nak Ngomelkan Pe Nih...




salam semua wat sahabat2 ku...aku pun xtau nak tulis tentang pe kali nih...cuma saya untuk meng up-datekan aku nyer blog nih...ye lah..dah de org yg dok ushar blog aku nih..xkan dah berbulan2 xde pape perubahan..koman toolll...aku pun xtau nak tulis mende sebenarnya...cuma dalam hati aku nih..terasa sangat nak balik mesia,negaraku yang tercinta...ntah la..banayk perancangan yg aku dah plankan untuk dilakukan pas exam nanti..tap..kalau xde pae yg leh aku wat..insya Allah aku nak balik mesia jap..kasi semangat baru..nak jumap famili tersayang...tu je lah...k..sekian..

Saturday, February 03, 2007

MASJID AL-AZHAR AS-SYARIF

Aku merupakan student yang dok blaja kat universiti al-azhar as-syarif di kaherah,mesir.tapi..sepanjang aku dok kat cni,xberkesempatan nak bergambar kat masjid al-azhar ni.alhamdulillah,akhirnya aku berjaya bergambar kat cni..besenyer time nak exam,aku akan menunaikan solat zohor berjemaah bersama kengkawan kat masjid ni..lagipun aku nyer exam bermula dari jam 1.30ptg-4.30ptg..waktu solat lak masuk dalam pkl 12.00 tghari....so,sempat la aku nak mentalaah skit memana yang patut...ha..lagi satu,imam besenya akan mendoakan kejayaan untuk pelajar2 supaya mudah dalam menjawab soalan pekse....
Asalnyer..fungsi masjid ni lah sebagai pusat penyebaran ilmu serta berfungsi sebagai universiti al-azhar yang asal..pastu,baru lah dibina bangunan kuliah kat bersebelahan masjid azhar ni...dan sampai sekarang fungsi pengajian tersebut masih diteruskan di masjid ni...time musim panas,ramai lah yang akan berpusu-pusu untuk menimba ilmu yang de kat cni...macam-macam bangsa yang de..aku penah join kuliah ni..memang menarik.lagipun stail dia xsama cam ngn kuliah kat dalam dewan kuliah..tumpuan tu lebih la kalau ngaji kat cni..sape2 yang rajin..leh la mai bertalqqi kat mesjid ni..supaya beroleh keberkatan dalam menuntut ilmu agar dapat dimanfaatkan..kita juga minta berlindung dengan tuhan dari ilmu yang tidak memberi manfaat..ameennn...sekian...

Friday, February 02, 2007

CAIRO INTERNATIONAL FAIRBOOK

Ni sebahagian suasana kat ma'rad kitab tuh...
kena alami suasana nih..memang ramai orang pun..kaum family pun ramai...de yang jenjalan sambil bersantai kat cni.

MA'RAD KITAB IN KAHERAH

SALAM ALAIK...
selamat bercuti wat kengkawan.skang aku nak citer skit tentang aktiviti aku yang terbaru.kat kaherah telah berlangsungnyer acara tahunan iaitu CAIRO INTERNATIONAL BOOKFAIR yg ke-39.kat cni deme panggil 'ma'rad kitab' jer.sempat le aku membuang masa kat situ.beli kitab skit..n jenjalan..de jugak buku2 yang terpakai dijual kat cni.kalau aku kat ipoh dulu,de tempat tuh orang panggil 'LOKEN'.kat cni panggil BEKIAQ jer..banyak ler buku medik la,buku kartun,majalah omputih yang pada aku dikira leh dibaca semua peminat buku.contohnyer:de buku tentang komputer,tentang fesyen,tentang games(untuk peminat2nyer)hehehe..,de jugak jual setem2 lama,duit negara asing.gambar2 lama..cam gambo keadaan kat mesir dalam tahun 1800-an dan cam-cam lagi..memang best..aku pun amik masa sampai dua hari nak ngabiskan kawasan kat tempat tuh..fuhh..memang penat tol...kat cni buku-buku yang de datang dari pelbagai negara..tapi kebanyakkannyer dari negara-negara arab.macam beirut,lubnan,arab saudi,jordan.syria,dubai dll.de jugak dari itali,perancis dan jerman..inggeris pun de jgk..tapi bukan buku2 agama lah..
Untuk pengetahuan korang smua,ma'rad ni besenyer akan berlangsung selepas exam fasa satu.tu yang memudahkan untuk student2 kat cni pegi membeli kitab2 yang de kat situ.kebanyakannyer,buku rujukan lah.kalau nak kitab kuliah tu,de jual kat kulaih lah..xpun untuk kitab bagi pengajian talaqqi kat mesjid azhar dan sebagainyer..
Ok lah..aku rasa setakat tu jer kot..pasni aku kasi gambar2 yang berkaitan tentang ma'rad tersebut....jumpa lagi..

Free Web Counters