jauh perjalanan luas pengalaman


Saturday, March 31, 2007

BAHASA RUSIA...

Mari kita try blaja bahasa rusia..nak x?tapi x banyak ler...ade la skitt....

1-Kak Vas Zavut? = Siapa Nama?


2-Kak dila? = Apa Khabar?


3-Ad Kudaki? = Dari Mana?


4-Nyet = Tidak.


5-Spasiba.= Terima Kasih


6-Paja Lusta.= Sama-sama.


7-Haro Shaya De Vush Ka. = Kamu Perempuan yang Baik.


8-Ya Tebya Lublu= Saya Cintakan Awak.


ok...setakat ni jer...sekian...

AKU DI MESIR (3)

Salam...ni gambar dah lama jgk...masa member aku kawen..dia diakad nikahkan pada 1.februari.2007.berwalikan wakil safarah.Encik amri.
wah..berseri2 muka pengantin..mana xnyer..dah nama kawen..mesti le sonok..kan?nama kawan aku ni,coi.dia satu umah ngn aku..lepas dia kawen.tinggal aku berdua jer.ngn si budin.
budin yg sebelah aku tuh..harap2 pas ni aku lak yang kawen..huhuhu..teringin lah..lagipun aku dah jumpa ngn si dia yg bisa menemaniku seumur hidup.penemanku didunia dan akhirat insya Allah...mudah2an aku dijodohkan ngn si dia...

AKU DI MESIR (2)

Salam..kat atas ni..member2 satu sekolah ngn aku sebelum datang mesir...dari sekolah MAM,maahad al-mizan,manong,kuala kangsar.kami berempat jer...yang teruskan pengajian di mesir...insya Allah,moga2 kami akan berjaya di sini untuk menimba ilmu...
yang ni lak..masa stay kat kaherah..kat wisma darul ridzuan..tengah layan pak arab hisap syisya..aku x hisap...
Ni lah suasana masa time makan kat wisma darul ridzuan..makan sekodar jer..ni kat syaqah 2..tempat aku menginap..
hehhehehe...saje je rajin bertanya..masa ni de sesi perjumpaan sesama ahli KPIPM.so,aku tanya lah memana yang patut....

AKU DI MESIR (1)

SALAM...atas ni gambar aku dalam metro...dalam perjalanan nak ke syubro el-khemah..
Yg ni lak..masa g ikut member cari barang kat port said..ushar2 makanan laut..aku xminat sgt..alergik..
ni pun kat port said gak...masa cari pakaian bundle..mmg murah.

Friday, March 30, 2007

CINTA???


ISLAM MELARANG CINTA BERPANJANGAN

Apabila syariat Islam sudah mula dipraktikkan, menjadi tanda tanya di kalangan para remaja bagaimana seharusnya mereka lakukan terhadap pasangan masing-masing. Apakah diputuskan sahaja hubungan yang sudah terjalin? Atau kalau diteruskan bagaimana pula dengan hukuman Tuhan nanti?

Sebenarnya dalam persoalan cinta ini, memang tidak dapat dielakkan, bila sudah timbul keinginan terhadap seseorang, cinta itu akan datang sendiri. Perasaan itu adalah fitrah semulajadi yang tidak perlu diajar atau didatangkan. Sebab itulah Islam amat melarang pergaulan bebas kerana ia boleh merangsang fitrah dan keinginan kepada jantina lain itu.

Apabila seseorang sudah ada keinginan terhadap seseorang yang lain, ada jalan penyelesaiannya yang telah ditentukan oleh Islam. Jika ia mampu untuk berkahwin, digalakkan ia terus berkahwin. Jika tidak ia harus berpuasa untuk melawan keinginannya itu. Bagi mereka yang sudah mampu untuk berkahwin,waktu itulah diharuskan pihak lelaki meminang si anak dara tersebut.

Sewaktu majlis pertunangan itu kedua-dua pasangan teruna dan dara ini boleh dipertemukan dengan ditemani muhrim mereka. Dalam ajaran Islam, harus ditemukan supaya kita tahu apakah mereka setuju untuk meneruskan perkahwinan atau sebaliknya. Waktu kali pertama pertemuan itulah timbul rasa cinta antara mereka. Bila sudah berjumpa dan ada rasa hati, kahwinkan segera agar kehangatan cinta mereka itu boleh merangsang kebahagiaan rumahtangga yang dibina.

Tapi apa yang berlaku di dalam masyarakat kita, setelah lebih tiga atau empat tahun bercinta, barulah mereka hendak memikirkan untuk mendirikan rumahtangga bersama. Ini sudah terlambat. Ibarat tebu yang hilang manisnya; tinggal hampas sahaja. Manisnya sudah hilang sepanjang masa perkenalan itu. Akibatnya bila mereka mendirikan rumahtangga, kasih sayang antara mereka semakin hambar.

Tidak pelik, jika kita dengar ada pasangan yang baru dua tiga bulan mendirikan rumahtangga, terus bercerai. Islam tidak mempersoalkan tentang sama ada perlu bercinta sebelum kahwin atau cinta selepas kahwin. Tapi yang dilarang ialah cinta yang berpanjangan sebelum kahwin boleh menyebabkan kehangatan kasih sayang itu akan terus malap setelah bernikah.

Justeru itu Islam sangat menggalakkan agar pasangan yang sudah jatuh hati antara mereka sewaktu bertunang dicepatkan proses pernikahan mereka agar kasih sayang terus bertaut dan tidak terus malap. Sebaliknya jika sewaktu bertunang, kedua-duanya atau salah seorang dari mereka tidak terpaut antara mereka, eloklah jika pertunangan itu diputuskan sahaja. Begitulah Islam memberi jalan keluar kepada persoalan cinta.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL


“ Rasulullah SAW Sumber Limpahan Rahmat”

”Kelahiran Rasulullah SAW merupakan satu peristiwa sejarah yang paling besar dan paling agung yang pernah berlaku di dunia ini. Tiada sejarah yang lebih besar, penting dan agung selainnya, sama ada sebelum atau sesudahnya. Ia adalah sejarah yang telah merubah watak dan peradaban manusia. Justeru itu, sejarah Rasulullah SAW adalah satu peristiwa yang luar biasa, mengandungi rahsia-rahsia dan perkara yang tersirat pada setiap yang ada hubungkait dengannya walau satu titik, lebih-lebih lagi satu huruf dan satu perkataan. Padanya terkandung rahsia Tuhan yang patut kita kaji dan serlahkan. Mari kita cungkil rahsia dan hikmah di sebalik tarikh kelahiran baginda iaitu: Sebelum Fajar, Isnin, l2 Rabi’ul Awwal, Tahun Gajah.”

Kedatangan Rasulullah SAW membawa rahmat. Sebelum fajar bererti kegelapan sudah akan berakhir dan cahaya adalah umpama rahmat Allah yang akan menjelma.

Isnin dari bahasa Arab bererti dua. Di saat kelahiran baginda, akidah manusia sudah rosak kerana sudah lama ketiadaan Nabi dan Rasul. Hanya dua yang mengenal Tuhan; Zat Tuhan itu sendiri dan baginda Rasulullah SAW. Itulah isyarat dari Tuhan di sebalik kelahirannya pada hari Isnin. Justeru, keIslaman seseorang hanya sah apabila dia mengakui dan menyebut kedua-duanya.

Jika dirujuk pada malam, ia adalah kemuncak kegelapan.
Ertinya waktu kelahiran baginda, segala perkara negatif berada di tahap puncaknya.

Jika dirujuk pada siang, ia adalah seterang-terang cahaya matahari. Ertinya kedatangan baginda membawa rahmat dari Tuhan untuk segala alam, bukan hanya untuk manusia, bahkan binatang, kayu kayan, batu batan dan seluruh ciptaanNya. Berkat cahaya rahmat itu, seluruh makhluk mendapat pembelaan dan tidak boleh diperlakukan sesuka hati.

Jika dirujuk pada bulan, ia adalah kemuncak bulan dalam setahun. Ertinya baginda adalah penutup dan kemuncak para Rasul. Rasul terdahulu didatangkan untuk sesuatu kelompok dan zaman sedangkan Rasulullah SAW didatangkan untuk semua etnik, berlanjutan hingga berzaman.

Jika dirujuk pada bintang, ada bintang 12 yang mana ia adalah bintang yang paling terang di antara beribu bintang yang ada. Ertinya kelahiran Rasulullah SAW membawa syariat yang lengkap, petunjuk dan rahmat yang lengkap dari dunia hingga akhirat. Ajaran yang dibawanya paling sempurna berbanding ajaran Rasul-Rasul sebelumnya.

Rabi’ dari bahasa Arab bererti musim bunga. Kedatangan baginda menjadi contoh akhlak yang mulia dan akhlak yang agung adalah umpama bunga yang cantik dan indah di awal musim bunga.

Tahun Gajah. Ia dikaitkan dengan Abrahah dan tentera bergajahnya dari Yaman. Sewaktu dia menyerang Ka’bah, dia telah merampas harta benda termasuk kambing-kambing bapa saudara baginda, Abu Thalib dan datuknya Abdul Muthalib. Akhirnya Abdul Muthalib keluar lalu bersemuka dengan Abrahah. Beliau meminta supaya dipulangkan semula kambingnya kerana ia adalah miliknya. Manakala tentang Kaabah, beliau berkata terpulanglah kerana Ka’bah itu bukan miliknya tetapi milik Allah. Jadi, di sini, terbuka rahsia bahawa keluarga Rasulullah saw masih beragama dengan agama Nabi Ibrahim. Ertinya keturunan baginda terpelihara, bersih dan dijaga oleh Allah.

ARMA

Ini adalah asrama melayu kat Abbasiah di tengah2 kota kaherah..name popularnyer ARMA.

SEMPENA MAULUD NABI S.A.W

SALAM....ni gambar masa malam baru ni...dok wat panggang ayam sempena 12 rabiul awal 1428h....
Meraikan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..semoga kita beroleh keberkatan...
Lauk special...ayam percik..memang sedap...mekasih pada budin,mus,ajeeb,n kengkawan dari damanhur n kaherah yg sudi menjengah ke rumah kami di mansurah...
Kami makan sekodar jer...sambil2 tu leh mengeratkan ukhwah antara sahabat2 di sini...
Semoga ukwah kita terus terjalin sehingga ke akhir hayat...amenn..

Tuesday, March 27, 2007

Nak Ngomelkan Pe Nih...




salam semua wat sahabat2 ku...aku pun xtau nak tulis tentang pe kali nih...cuma saya untuk meng up-datekan aku nyer blog nih...ye lah..dah de org yg dok ushar blog aku nih..xkan dah berbulan2 xde pape perubahan..koman toolll...aku pun xtau nak tulis mende sebenarnya...cuma dalam hati aku nih..terasa sangat nak balik mesia,negaraku yang tercinta...ntah la..banayk perancangan yg aku dah plankan untuk dilakukan pas exam nanti..tap..kalau xde pae yg leh aku wat..insya Allah aku nak balik mesia jap..kasi semangat baru..nak jumap famili tersayang...tu je lah...k..sekian..

Free Web Counters