Sempena Imtihan
Antara Ilmu Dan Amal...
Bismillahirrahmanirrahim
Memberi ilmu kepada murid mudah, mengajak murid mengamalkan ilmu amat susah.
Membanyakkan ilmu mudah, membanyakkan amalan susah sekali.
Ahli ilmu ramai, ahli amal tidak ramai.
Ramai pa
ra guru dapat memandaikan murid-muridnya.Tapi ramai para guru gagal mengajak muridnya beramal.
Kalau ahli-ahli ilmu ghairah beramal tidak sempat hendak menbincangkan tentang ilmu kecuali sedikit sekali dengan tujuan beramal.
Orang yang kurang ilmu tapi beramal dari amalannya itu akan mendapat ilmu atau menambah ilmu.
Ahli ilmu yang tidak beramal, ilmunya itu akan bertambah berkurang.
Ilmu apabila diamalkan baru dapat faedah.
Bahkan adakalanya faedahnya melimpah ruah kepada orang ramai.
Hari ini ahli ilmu disanjung orang.
Tapi ahli amal tidak dipeduli orang bahkan adakalanya tidak pun disebut-sebut namanya.
Kebanyakan di institusi ilmu tidak begitu mengambil berat di dalam latihan-latihan bera
mal.Ramai di kalangan yang bukan ahli ilmu lebih maju dan berjaya dari pakar-pakar ilmu.
Terutama di bidang ekonomi yang tidak ada sijil ekonomi lebih berjaya daripada mereka yang ada kelulusan.
Ramai orang bercakap tentang ilmu, tapi kurang yang bercakap tentang amal.
Ahli ilmu adakalanya dihormati orang, tapi ahli amal ilmu adakalanya didengki orang.
Ilmu semata-mata tidak akan melahirkan kemajuan yang lahir selagi tidak diamalkan.
Wallhu a'la Wa A'lam...


0 Comments:
Post a Comment
<< Home